Friday, January 22, 2010

Black and white theme


Kek Coklat moist bertema hitam putih ini ditempah sekali lagi oleh Cik Suhana sempena birthday ibu dan adiknya. Tapi yang ni kek seberat 1/2kg.
Berminat nak order??
RM 17.00 sahaja.

Wednesday, January 20, 2010

Kek dan cupcake dengan 'edible image'

Tempahan cupcake dan kek dengan hiasan gambar kini dibuka. Sesiapa yang berminat nak order kek dengan pelbagai gambar, samada gambar sendiri atau yang tersayang, gambar karektor kartun dan sebagainya.

Cara order: Nyatakan gambar yang ingin digunakan. Sila email gambar (jika ingin guna gambar sendiri), tapi pastikan bersaiz >300kb untuk hasilkan imej yang cantik dan sharp.
Tempahan perlulah dibuat seminggu dari tarikh untuk digunakan.

Harga: Untuk Cupcakes RM 2.50/pcs (min: 25 pcs)
Cupcake saiz 's' dengan perisa pilihan anda + hiasan buttercream

Untuk kek pula, perlu tambah RM 20.oo atas mana-mana kek yang ditawarkan oleh kami.

Jom order !!!

Tuesday, January 19, 2010

Mufin Kiwi



Mufin kiwi yang lembut dan diisi dengan inti kiwi ini ditempah sebanyak 60 biji untuk katering.
RM0.80/pcs

Wednesday, January 13, 2010

Moist Chocolate Cake for birthday celebration


Kek Coklat Moist ini ditempah oleh Mardiah dari FMSM, UMT sempena menyambut ulangtahun kelahiran rakan-rakan sepejabat. Diharap berpuas hati.
RM30.00/1kg

Thursday, January 7, 2010

Wednesday, January 6, 2010

Kek Coklat Moist untuk birthday ayah


Kek coklat 'moist' ni ditempah oleh kak ina, pensyarah UMT untuk birthday suaminya. Semoga kak ina berpuas hati dan orderlah lagi.

Tuesday, January 5, 2010

Choc Moist Cake untuk ulangtahun perkahwinan


Kek coklat 'moist' yang ditempah oleh Kamizah sempena ulangtahun perkahwinan. Kek ini merangkap kek pertama untuk order tahun 2010 ni. Tq yer.
Kek 1kg : RM 30.00


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...