Saturday, November 27, 2010

CaKe PoP

Chocolate CaKe PoP

 Model Cake Pop !!!

Cubaan pertama membuat pop kek yang telah lama dirancang. Akhirnya berkesempatan juga membuatnya. Sesiapa berminat, bolehlah email ke fadlinayusof@yahoo.com untuk harga. TQ

Thursday, November 25, 2010

Choc Moist Cake (Order dari Faiza)

Choc moist Cake dengan hiasan gambar upin dan ipin dari buttercream. TQVM diucapkan pada Faiza yang menempah.

Wednesday, November 24, 2010

Choc Moist Cake with Ganache (order dari Rafidah)

Chocolate Moist Cake yang dilapisi dengan ganache. Sesuai untuk individu yang menggemari coklat.
Terdapat dalam 2 pilihan

9 inci kek -  RM 40.00
7 inci kek - RM 25.00

Jom Cuba!!

Monday, November 22, 2010

Tempahan perkahwinan Gee 21 Disember 2010

450pcs mufin dengan aneka inti (bluberi, strawberi, kiwi dan coklat cip)

35 biji coklat dengan inti kacang gajus, badam, kismis, peanut butter

300pcs chocolate moist cupcake
2pcs/box

Sunday, November 21, 2010

Kek tajaan dari teman


Baru2 ini saya diminta menyediakan kek pertunangan ini yang ditempah oleh seorang rakan yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Beliau meminta kek ini dihantar ke rumah sahabatnya di Seberang Takir untuk dijadikan hantaran pertunangan. Semoga rakan yang menempah dan yang menerima kek ini berpuas hati dengan kek tersebut. Tq

Thursday, November 18, 2010

Tat buah Aidiladha

50 pcs tat buah mini yang ditempah oleh Cik Asma Ali. Untuk makan raya katanya. Asma request ada campuran buah strawberi. Nasib ada lebihan strawberi, so boleh penuhi permintaan dia. Untuk pengetahuan, campuran buah yang kami sediakan adalah pic, kiwi dan anggur.Walaubagaimanapun, sekiranya kesukaran memperolehi buah segar, buah boleh ditukar mengikut kesesuaian. TQ

Tuesday, November 16, 2010

Sunday, November 14, 2010

Marble Cheese Cake with Edible Image

Kek ini ditempah oleh Dr Asma sempena ulangtahun kelahiran suaminya. TQ

Kek Coklat untuk Sarah dan Ameen

Kek coklat seberat 1.5kg ini ditempah oleh Kak Ina, jiran saya merangkap tailor kat taman ini. Kek ini adalah untuk sambutan harijadi anaknya Sarah dan Ameen. TQVM

Thursday, November 11, 2010

Mari Print Gambar secara Online

Post kali ni berbeza dari biasa. Ini kerana saya nak bgtau satu info menarik kat semua pembaca. Baru2 ni saya ada terjumpa satu laman web untuk print gambar secara online. Mula2 rasa mcm tak yakin sbb tak tahu hasilnya nanti akan jadi cantik atau tak, tapi saya cuba jugak...hasilnya memang sangat puas hati. Sebabnya...
1. Gambar yang dicuci memang cantik (glossy) dan setanding sepertimana print di kedai gambar
2. Sangat cepat sbb gambar dihantar dengan poslaju
3. Tak perlu susah payah transfer gambar yang melambak tu ke CD atau thumbdrive sbb terus upload dari komputer. Boleh juga print gambar dlm album online.
4. Tak payah membazir minyak kereta untuk hantar ke kedai. Jimat dan cepat!
5. Dan yang paling best....kos print sangat murah, cuma RM 0.30 untuk 4R. pastu kalau order lebih dari RM 35.00 (anggaran 117 keping gambar 4R), percuma kos penghantaran.

So, pada sesiapa yang tgh pening nak cuci gambar tu... bukak je laman web ni.

http://eoe.com.my/en/

pastu ikut je prosedur kat laman web tu. Jom print ramai2. Kat negara lain, print cenggini dah biasa dah, tp kat malaysia ni agak kurang.So, ape lagi.

Friday, November 5, 2010

4 in 1 birthday cake


Kek Coklat Moist dengan edible image ini ditempah oleh Emi, dari UMT  untuk 4 orang anak2 yang kiut miut ni.  TQ Emi.

Thursday, November 4, 2010

American Chocolate Cake


Terima kasih diucapkan kepada Cik Zuraidah Nasution, pensyarah JSM yang telah menempah beberapa produk kami untuk dijadikan hadiah kepada para pelajar beliau. Ini adalah hadiah2 yang diberikan kepada para pelajar sempena program pelancaran produk baru yang sememangnya saban tahun diadakan di Jabatan Sains Makanan. Menerusi program ini, para pelajar akan mencipta produk makanan baru yang belum lagi ada di pasaran. Hadiah2 nya adalah seperti berikut:

Tempat Pertama: American Chocolate Cake (gambar di atas!!)
Tempat Kedua: Coklat pralin dengan hazelnut dan gajus
Tempat ketiga: Tart buah
Tempat Ke 4, 5 dan 6: Choc crisp in a box

* Idea Cik Zuraidah untuk memberikan hadiah berupa makanan di atas ini adalah kerana beliau kurang gemar memberikan hamper ( yang kebiasaannya dipek dengan pelbagai makanan ringan). Sebenarnya betul juga apa yang dikatakan, tapi rata2 kalau ada apa2 pertandingan pihak penganjur lebih gemar memberi hadiah berupa hamper yang harganya lebih kurang sama je macam produk2 di atas ni. So, sesiapa yang berminat nak order produk dari Sweetcakes4u ni untuk dijadikan hamper/hadiah....kami boleh lakukan untuk anda !!!.

Wednesday, November 3, 2010

CMC

Chocolate moist cake yang ditempah oleh Pn Kamizah untuk dibawa ke sekolah anaknya. Nasib baik sempat buat sebab tempah last minute. Insyaallah, kalau sempat, memang kami akan cuba penuhi semua permintaan pelanggan, terutamanya regular customer. TQ

Tuesday, November 2, 2010

Kek untuk Nur Balqis Batrisyia

Kek Choc Moist untuk si kecil Nur Balqis Batrisyia yang ditempah oleh ibunya, Pn. Za dari FPE. Pn Za meminta kek dihias dengan ceria. Beliau turut menempah 25 biji tat buah mini. Harap berpuas hati. TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...