Saturday, March 20, 2010

Marble cheese cake untuk sambutan harijadi

Marble cheese cake yang yummy ni ditempah oleh Cik Nurul FASM untuk saudara2 nye. Hiasan kek tu adalah ilham dari cik nurul sendiri. TQVM. Semoga berpuas hati yer.
RM 50.00

Friday, March 19, 2010

Kek Hantaran Perkahwinan

Kek coklat moist yang ditempah oleh Suhana untuk hantaran perkahwinan suadaranya. TQ Suhana. Pelanggan setia ni. 

Sponge bob yang tak berapa jadi

Kek ini ditempah khas oleh pn Amardiana sempena hari jadi anaknya. Ini adalah kek cheese marble yang dilimpahi dengan coklat ganache. Nyum...nyum. memang best. Kalau x caya boleh tanya orang yang dah pernah tempah.
Marble Cheese Cake
RM 50.00/1kg
9 inch

Friday, March 12, 2010

Tuesday, March 9, 2010

Kek harijadi

Chocolate Moist Cake
American Chocolate Cake
Kedua-dua kek yang ceria ini khusus dibuat untuk harijadi adik Afrina. Kek ini ditempah oleh Pn Kamizah dari UMT. Terima kasih banyak2.

Thursday, March 4, 2010

Kek harijadi

Kek untuk birthday boy..Ikmal Hanafi. Kek yang ditempah oleh ibunya, Pn Raihan yang merupakan pensyarah di UMT merangkap jiran kami. TQ kak Han.

Friday, February 26, 2010

Selamat Pengantin Baru..Haryani dan Fahmi

Kek 2 tingkat ini dibuat khusus untuk pasangan pengantin yang telah mendirikan masjid pada 26 Feb 10. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Haryani, dari Jabatan Sains Makanan, UMT dan pasangannya, Fahmi. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.
Diharapkan pasangan pengantin dan keluarga berpuas hati dengan kek ni. Ini adalah percubaan pertama membuat kek untuk pengantin.

Saturday, February 20, 2010

Cupcake yang ditempah oleh Sandra sempena harijadi anaknya.
Sandra telah menempah sebanyak 50 biji cc

Cupcake untuk hantaran pertunangan

Berminat untuk order cupcake sebagai hantaran pertunangan??
Order saja disini untuk mendapatkan cupcake yang comel dengan harga berpatutan.
25pcs cupcake dengan papercup. Dekorasi buttercream dan fondant.
RM 45.00/25 pcs

kek Hantaran Pertunangan

Kek coklat moist bersama dekorasi dari ganache ini sesuai dijadikan hantaran pertunangan atau perkahwinan. Dijamin lazat dan digemari ramai.

Harga?? Murah saje

RM 40.00/1kg++

Friday, February 12, 2010

Mufin kiwi dan strawberi









Kak Rodiana dari FPE, UMT telah menempah sebanyak 60 biji mufin kiwi dan strawberi ini untuk majlis khatam Al-Quran anaknya. Terima kasih daun keladi.
Harga : RM 0.80/pcs (minimum 30 biji)

Saturday, February 6, 2010

Happy 1st Birthday

American Chocolate Cake ini ditempah oleh Feeda untuk majlis sambutan harijadi anak keduanya...Raqib yang telah berusia setahun. HAPPY BIRTHDAY RAQIB. Mama Feeda juga menempah 50 pax nasi ayam sempena majlis tersebut. TQ Feeda.
American chocolate cake...sesuai untuk penggemar coklat kerana kek coklat mentega 2 lapis ini disaluti sepenuhnya dengan 'ganache' (campuran double cream, coklat masakan dan butter). 
RM 50.00/1kg++
RM 30.00/500gm++

Monday, February 1, 2010

Choc Moist Cake untuk ulangtahun perkahwinan

Kek CMC ini ditempah oleh Kak Asma dari UMT sempena ulangtahun perkahwinan beliau. Kak Asma juga membeli 5 pek karipap pusing berinti daging (sejukbeku).Setiap pek ada 10 biji. TQ Kak Asma. 

Harga kek CMC- RM30.00/1 kg
Harga karipap pusing sejukbeku: RM3.50/10biji

Friday, January 22, 2010

Black and white theme


Kek Coklat moist bertema hitam putih ini ditempah sekali lagi oleh Cik Suhana sempena birthday ibu dan adiknya. Tapi yang ni kek seberat 1/2kg.
Berminat nak order??
RM 17.00 sahaja.

Wednesday, January 20, 2010

Kek dan cupcake dengan 'edible image'

Tempahan cupcake dan kek dengan hiasan gambar kini dibuka. Sesiapa yang berminat nak order kek dengan pelbagai gambar, samada gambar sendiri atau yang tersayang, gambar karektor kartun dan sebagainya.

Cara order: Nyatakan gambar yang ingin digunakan. Sila email gambar (jika ingin guna gambar sendiri), tapi pastikan bersaiz >300kb untuk hasilkan imej yang cantik dan sharp.
Tempahan perlulah dibuat seminggu dari tarikh untuk digunakan.

Harga: Untuk Cupcakes RM 2.50/pcs (min: 25 pcs)
Cupcake saiz 's' dengan perisa pilihan anda + hiasan buttercream

Untuk kek pula, perlu tambah RM 20.oo atas mana-mana kek yang ditawarkan oleh kami.

Jom order !!!

Tuesday, January 19, 2010

Mufin Kiwi



Mufin kiwi yang lembut dan diisi dengan inti kiwi ini ditempah sebanyak 60 biji untuk katering.
RM0.80/pcs

Wednesday, January 13, 2010

Moist Chocolate Cake for birthday celebration


Kek Coklat Moist ini ditempah oleh Mardiah dari FMSM, UMT sempena menyambut ulangtahun kelahiran rakan-rakan sepejabat. Diharap berpuas hati.
RM30.00/1kg

Thursday, January 7, 2010

Wednesday, January 6, 2010

Kek Coklat Moist untuk birthday ayah


Kek coklat 'moist' ni ditempah oleh kak ina, pensyarah UMT untuk birthday suaminya. Semoga kak ina berpuas hati dan orderlah lagi.

Tuesday, January 5, 2010

Choc Moist Cake untuk ulangtahun perkahwinan


Kek coklat 'moist' yang ditempah oleh Kamizah sempena ulangtahun perkahwinan. Kek ini merangkap kek pertama untuk order tahun 2010 ni. Tq yer.
Kek 1kg : RM 30.00


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...