Thursday, November 26, 2009

TIP MEMBUAT KEK

Untuk individu yang ingin menceburkan diri dalam arena membuat kek. Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan kekecewaan akibat kek yang tidak menjadi dan kerugian kerana kek yang dihasilkan tidak boleh dimakan.


  • Pastikan ada resepi yang terbukti menjadi. Buat perbandingan antara resepi yang diperolehi dalam buku, internet atau sumbangan rakan-rakan.

  • Jangan ubahsuai resepi jika tidak pasti fungsi setiap bahan dalam resepi tersebut. Setiap bahan dalam pembuatan kek akan menyumbang kepada tekstur dan rasa kek.

  • Bahan-bahan yang mudah diperolehi dan tidak terlalu mahal kosnya.

  • Ada peralatan seperti acuan kek, mixer dan oven.

  • Jangan membuat kek dalam keadaan terburu-buru atau kelam kabut.

  • Akhir sekali, jangan malu untuk memberi hasil kek anda kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang mahir untuk memberikan komen membina.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...