Pages

Monday, December 7, 2009

Membakar kek dengan teknik 'water bath'

Kali ini, satu lagi teknik dalam pembuatan kek akan dipaparkan. Teknik 'water bath' ini juga dikenali dengan teknik 'baine marie'. Walaupun apapun namanya, yang penting teknik ini selalunya digunakan untuk memasak cheese cake, kastard telur dan puding roti.

Kebaikan teknik ini:
  1. Air yang digunakan dalam teknik ini akan meruap di dalam oven (menjadi wap) dan melambatkan penyampaian haba kepada produk (air mempunyai konduktivti haba yang rendah). Oleh yang demikian, produk akan masak dengan perlahan, tetapi sekata.

  2. Permukaan luar produk tidak akan menjadi keras atau hangit

  3. Bahagian dalam produk juga akan masak dengan sempurna.

Alatan yang diperlukan:

  1. Acuan untuk membakar kek

  2. Aluminium foil

  3. Loyang leper yang bersaiz lebih besar dari acuan kek

Kaedah:

  1. Masukkan loyang leper ke dalam oven yang telah dipanaskan

  2. Curahkan air panas ke dalam loyang tersebut

  3. Masukkan acuan berisi produk ke dalam loyang tersebut dan tutup pintu oven untuk memulakan proses memasak.

  4. Sekiranya menggunakan acuan jenis 'springform', perlulah membalut separuh dari acuan itu dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari memasuki acuan.

No comments:

Post a Comment