Kaedah ini biasanya digunakan untuk mencairkan coklat atau membuat sos kastard.
Alatan yang diperlukan:
Alatan yang diperlukan:
- Periuk untuk memanaskan air
- Mangkuk kaca tahan panas atau mangkuk aluminium (penting: diameter mangkuk mesti lebih lebar dari periuk untuk memanaskan air)
- Senduk atau wire whisk untuk menggaul produk.
Prosedur:
- Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih
- Jika ingin mencairkan coklat masakan, masukkan coklat yang telah di potong kecil-kecil ke dalam mangkuk kaca/aluminium yang telah di lap kering.
- Letakkan mangkuk berisi coklat ke dalam periuk yang berisi air panas tadi. Bahagian bawah mangkuk tidak perlu terkena air yang mendidih. Ianya akan dipanaskan oleh wap panas dari air mendidih itu.
- Kacau sehingga cair.
- Pastikan tiada air/wap air yang masuk ke dalam mangkuk.
No comments:
Post a Comment