Friday, April 9, 2010

Buah tangan untuk sambutan ulangtahun kelahiran

Gambar-gambar diatas merupakan antara yang diorder oleh Dr. Azura dari UMT yang dibuat khas sempena ulangtahun kelahiran anaknya yang ke2, Atiqah. Beliau menempah 25 pek pulut kuning bersama rendang daging, 30 biji muffin kiwi dan strawberi, 30 biji cupcakes, sebiji kek coklat moist dan sebiji kek cheese marble. Kesemua tempahan ini dipek untuk diagihkan pada rakan2 terdekat. Terima kasih daun keladi diucapkan pada Dr. Azura. Lain kali order la lagi.

Untuk para pembaca dan pelanggan sekalian, kami di aufa one sentiasa bersedia menerima tempahan mengikut kehendak dan kesesuaian anda. Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan cupcake atau muffin yang dibungkus 2biji per pek atau 4 biji per pek, kami ada pembungkusan yang sesuai untuk anda, sepertimana gambar di bawah ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...