Sunday, May 2, 2010

Cupcakes dan telur merah untuk 'full moon'

Apa itu sambutan Full moon mengikut tradisi kaum cina?? Mengikut laman web ini... http://www.babycenter.com.my/baby/traditions/chinese-full-moon-celebration/,  full moon ini disambut apabila anak2 kaum cina yang baru dilahirkan telah mencapai umur satu bulan. Pada ketika ini, anak tersebut akan diraikan dengan memberi nama kepadanya dan memberi sanak saudara makanan tradisional dan juga telur merah. Pada masa sekarang sambutan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian zaman.

Sebenarnya saya mendapat tempahan dari seorang rakan, Dr. Muhd Danish Danielle untuk meraikan anak kedua beliau yang bernama Mishel Iman Zara Tai. Beliau menempah 80 pax yang mengandungi 2 biji cupcake dan 2 biji telur merah setiap satu. Terima kasih diucapkan dan semoga Dr Danish sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. TQ

Berikut adalah gambar2 cupcakes yang ditempah oleh Dr. Danish.

Vanilla cupcakes dengan buttercream dan fondant

Choc moist cupcakes with choc topping and fondant

khas untuk si comel

Setiap kotak tempahan diisi seperti berikut.
Untuk tempahan, sila email ke fadlinayusof@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...