Thursday, November 4, 2010

American Chocolate Cake


Terima kasih diucapkan kepada Cik Zuraidah Nasution, pensyarah JSM yang telah menempah beberapa produk kami untuk dijadikan hadiah kepada para pelajar beliau. Ini adalah hadiah2 yang diberikan kepada para pelajar sempena program pelancaran produk baru yang sememangnya saban tahun diadakan di Jabatan Sains Makanan. Menerusi program ini, para pelajar akan mencipta produk makanan baru yang belum lagi ada di pasaran. Hadiah2 nya adalah seperti berikut:

Tempat Pertama: American Chocolate Cake (gambar di atas!!)
Tempat Kedua: Coklat pralin dengan hazelnut dan gajus
Tempat ketiga: Tart buah
Tempat Ke 4, 5 dan 6: Choc crisp in a box

* Idea Cik Zuraidah untuk memberikan hadiah berupa makanan di atas ini adalah kerana beliau kurang gemar memberikan hamper ( yang kebiasaannya dipek dengan pelbagai makanan ringan). Sebenarnya betul juga apa yang dikatakan, tapi rata2 kalau ada apa2 pertandingan pihak penganjur lebih gemar memberi hadiah berupa hamper yang harganya lebih kurang sama je macam produk2 di atas ni. So, sesiapa yang berminat nak order produk dari Sweetcakes4u ni untuk dijadikan hamper/hadiah....kami boleh lakukan untuk anda !!!.

1 comment:

  1. Never knew that my name appeared here! :D Thanks for the lovely gifts! All I knew was only to order "gifts" and it was all thanks to your creativity to make them great and interesting. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...