Friday, November 5, 2010

4 in 1 birthday cake


Kek Coklat Moist dengan edible image ini ditempah oleh Emi, dari UMT  untuk 4 orang anak2 yang kiut miut ni.  TQ Emi.

Thursday, November 4, 2010

American Chocolate Cake


Terima kasih diucapkan kepada Cik Zuraidah Nasution, pensyarah JSM yang telah menempah beberapa produk kami untuk dijadikan hadiah kepada para pelajar beliau. Ini adalah hadiah2 yang diberikan kepada para pelajar sempena program pelancaran produk baru yang sememangnya saban tahun diadakan di Jabatan Sains Makanan. Menerusi program ini, para pelajar akan mencipta produk makanan baru yang belum lagi ada di pasaran. Hadiah2 nya adalah seperti berikut:

Tempat Pertama: American Chocolate Cake (gambar di atas!!)
Tempat Kedua: Coklat pralin dengan hazelnut dan gajus
Tempat ketiga: Tart buah
Tempat Ke 4, 5 dan 6: Choc crisp in a box

* Idea Cik Zuraidah untuk memberikan hadiah berupa makanan di atas ini adalah kerana beliau kurang gemar memberikan hamper ( yang kebiasaannya dipek dengan pelbagai makanan ringan). Sebenarnya betul juga apa yang dikatakan, tapi rata2 kalau ada apa2 pertandingan pihak penganjur lebih gemar memberi hadiah berupa hamper yang harganya lebih kurang sama je macam produk2 di atas ni. So, sesiapa yang berminat nak order produk dari Sweetcakes4u ni untuk dijadikan hamper/hadiah....kami boleh lakukan untuk anda !!!.

Wednesday, November 3, 2010

CMC

Chocolate moist cake yang ditempah oleh Pn Kamizah untuk dibawa ke sekolah anaknya. Nasib baik sempat buat sebab tempah last minute. Insyaallah, kalau sempat, memang kami akan cuba penuhi semua permintaan pelanggan, terutamanya regular customer. TQ

Tuesday, November 2, 2010

Kek untuk Nur Balqis Batrisyia

Kek Choc Moist untuk si kecil Nur Balqis Batrisyia yang ditempah oleh ibunya, Pn. Za dari FPE. Pn Za meminta kek dihias dengan ceria. Beliau turut menempah 25 biji tat buah mini. Harap berpuas hati. TQ

Sunday, October 31, 2010

Kek Ultraman Cosmos

Iman is 3 @ 101010
Kek Chocolate Moist dengan edible image ultraman cosmos ini ditempah oleh Dr. Danish untuk anaknya yang sangat meminati ultraman cosmos. Anak saya pun teruja tengok gambar ultraman ni. Ultraman mosmos katanya.

Thursday, October 28, 2010

SELAMAT BERSARA

Kek coklat moist 2kg yang ditempah khas oleh Pn Hafizah untuk ayahanda tercinta sempena sambutan harijadi dan persaraan beliau sebagai Pendaftar UMT. Selamat Bersara dan semoga sentiasa dalam lindungan-Nya.

Wednesday, October 27, 2010

1/2kg ++ CHOC MOIST CAKE


2 biji kek coklat moist 1/2kg dan 25 pcs agar2 pelangi telah ditempah oleh Kak Lin, JSPA sempena harijadi anaknya yang mencecah umur 7 tahun. Happy Birthday Nurhana. TQVM

Monday, October 25, 2010

Blueberry soft cheese cake

Kek ini ditempah oleh Pn. Amardiana untuk sambutan harijadi suami tersayang. TQVM

Sunday, October 17, 2010

Fruity Soft Cheese cake


PRODUK BARU KAMI...

FRUITY SOFT CHEESE CAKE

Harga : RM 55.00 ( 9 inci), RM 35.00 (7 inci

Blueberry cake

Kek Bluberi dengan krim putar dan dilapisi blueberry filling.
1kg++ / RM 50.00

Kek ditempah oleh Kak Liza dari Syarikat Chromscience untuk birthday big boss dan anaknya. TQ

Thursday, October 14, 2010

Choc Moist Cake with Ganache

1kg choc moist cake dengan choc ganace
RM 40.00

Kek ulangtahun perkahwinan

Pn Sulwani telah menempah sebiji kek coklat moist dan meminta untuk dihantar kepada suaminya bersama2 dengan 25 biji tat buah. TQVM.

Monday, October 11, 2010

cupcakes 2pcs/pk





Nurrul Izzaini telah menempah cupcake2 di atas untuk pelbagai acara. Selamat menjamu Choc moist cupcake dengan hiasan buttercream. Untuk makluman, cupcake ini didatangkan didalam kotak plastik yang transparent. Minimum order 12 pcs untuk cup keras. TQ

Friday, October 1, 2010

Blueberry cake

1kg kek bluberi yang ditempah oleh Dr Yati untuk suaminya.

Thursday, September 30, 2010

kek ultraman lagi

Kek coklat moist dengan dekorasi ultraman menjadi pilihan Pn Suliana dari UMT untuk sambutan harijadi anaknya. Terima kasih diucapkan.

Wednesday, September 29, 2010

Kek Jamuan Hari Raya




Kek untuk jiran


Baru2 ni, jiran belakang rumah telah menempah sebiji kek coklat moist untuk harijadi anak perempuannya, Izzah yang berumur 12 tahun. TQ. Harapnya lepas ni ramai lagi jiran2 lain yang mengorder. :)


Tuesday, September 28, 2010

Tart buah mini

50 pcs tat buah mini (epal, anggur dan pic). Ditempah oleh Erda dari PPH, UMT untuk jamuan hari raya pejabat, manakala 50pcs lagi ditempah oleh Kak Zah sempena kenduri adiknya. Tq semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...