Monday, May 31, 2010

Coklat....Coklat....

3 pcs mix chocolate

15pcs mix chocolate

Lolichoc

Round choc
9 pcs mix choc

Untuk keterangan lanjut, sila email fadlinayusof@yahoo.com atau suzanna1710@yahoo.com

Sunday, May 30, 2010

Kek besdey merangkap anniversary

Pn Suzana Mat Saad telah menempah kek coklat 'moist' ini bagi meraikan ulangtahun kelahiran anaknya Afif yang berumur 3 tahun dan juga sempena ulangtahun perkahwinan aki dan nenek. Congrate & Thanks.

Kek harijadi

Kek Coklat 'Moist' ini ditempah oleh seorang rakan untuk rakannya yang menyambut hari lahir pada 27 Mei yang lepas. TQVM pada Kak Lina dari FPE, UMT.

kek Patrick

Ini adalah kek coklat 'moist' yang ditempah oleh kak Maa, dari FASM sempena birthday anaknya, Danish yang telah berumur 4 tahun. Kak Maa meminta saya hias kek ni dengan kartun patrick. Harapnya Kak Maa dan anaknya berpuashati. Terima kasih.

Sunday, May 23, 2010

Kek untuk Guru

Sempena sambutan hari guru, tempahan diterima dari Kak Hanim, FPE untuk diberikan kepada guru2 yang mengajar anaknya Damia.
SELAMAT HARI GURU.


Monday, May 17, 2010

Kek upin dan ipin

Kek Coklat moist dengan edible image upin ipin yang comel. Ditempah oleh Pn Liana dari UMT. TQVM

Friday, May 14, 2010

Kek coklat moist

Kek ditempah oleh pelanggan setia..kak Maa, sempena harijadi nya. Selamat hari jadi dan terima kasih diucapkan.

Saturday, May 8, 2010

Akan datang...khusus untuk peminat2 COKLAT


Kek khas untuk IBU

Sempena hari ibu, beberapa tempahan diterima untuk meraikan insan istimewa yang bernama ibu. Antaranya ialah tempahan dari Cik Suraya, FASM. Terima kasih diucapkan pada Suraya.
Kek mini untuk bakal ibu.

Kek Coklat Moist 1/2kg

Kek Coklat Moist 1/2 kg

Kek Coklat Moist 1/2kg

Sunday, May 2, 2010

Cupcakes dan telur merah untuk 'full moon'

Apa itu sambutan Full moon mengikut tradisi kaum cina?? Mengikut laman web ini... http://www.babycenter.com.my/baby/traditions/chinese-full-moon-celebration/,  full moon ini disambut apabila anak2 kaum cina yang baru dilahirkan telah mencapai umur satu bulan. Pada ketika ini, anak tersebut akan diraikan dengan memberi nama kepadanya dan memberi sanak saudara makanan tradisional dan juga telur merah. Pada masa sekarang sambutan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian zaman.

Sebenarnya saya mendapat tempahan dari seorang rakan, Dr. Muhd Danish Danielle untuk meraikan anak kedua beliau yang bernama Mishel Iman Zara Tai. Beliau menempah 80 pax yang mengandungi 2 biji cupcake dan 2 biji telur merah setiap satu. Terima kasih diucapkan dan semoga Dr Danish sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. TQ

Berikut adalah gambar2 cupcakes yang ditempah oleh Dr. Danish.

Vanilla cupcakes dengan buttercream dan fondant

Choc moist cupcakes with choc topping and fondant

khas untuk si comel

Setiap kotak tempahan diisi seperti berikut.
Untuk tempahan, sila email ke fadlinayusof@yahoo.com

Kek harijadi

Kek harijadi ini ditempah oleh Pn Wan Sarimah untuk meraikan rakan2 sepejabat di FST, UMT. Terima kasih diucapkan dan selamat harijadi diucapkan pada yang diraikan.

Kek Upin dan Ipin

Pn Amardiana telah menempah kek berbentuk nombor satu dan ada hiasan upin ipin ini. Sesiapa yang berminat boleh juga menempah kek yang ada hiasan edible image seperti ini. Gambar yang ada stok, upin ipin dan Ben10. Cepat !!! selagi stok masih ada.

Friday, April 9, 2010

Buah tangan untuk sambutan ulangtahun kelahiran

Gambar-gambar diatas merupakan antara yang diorder oleh Dr. Azura dari UMT yang dibuat khas sempena ulangtahun kelahiran anaknya yang ke2, Atiqah. Beliau menempah 25 pek pulut kuning bersama rendang daging, 30 biji muffin kiwi dan strawberi, 30 biji cupcakes, sebiji kek coklat moist dan sebiji kek cheese marble. Kesemua tempahan ini dipek untuk diagihkan pada rakan2 terdekat. Terima kasih daun keladi diucapkan pada Dr. Azura. Lain kali order la lagi.

Untuk para pembaca dan pelanggan sekalian, kami di aufa one sentiasa bersedia menerima tempahan mengikut kehendak dan kesesuaian anda. Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan cupcake atau muffin yang dibungkus 2biji per pek atau 4 biji per pek, kami ada pembungkusan yang sesuai untuk anda, sepertimana gambar di bawah ini.


Sunday, April 4, 2010

Produk baru...produk baru....BANANA CHOC MOIST CAKE

Pengumuman..pengumuman, produk baru di AufaOne Ent...memperkenalkan kek coklat pisang yang moist ni. Dibuka untuk tempahan sekarang. Keterangan kek: Kek coklat dengan pisang yang disaluti dengan sos coklat dan sedikit hiasan.
Harga: RM35.00/kg
Jom Order!!!

Bihun Goreng Tomyam

Sabtu lepas, Kak Linda, pensyarah dari UMT telah menempah 30 pax bihun goreng tomyam dari AufaOne. Untuk pengetahuan semua, kami turut menawarkan tempahan makanan seperti nasi ayam, bihun goreng dan juga makanan2 lain mengikut permintaan. Kalau kami mampu buat kami akan terima tempahan. Harga boleh dirunding.

Friday, April 2, 2010

kek pertunangan

Kek yang ditempah oleh Cik Suhana sempena pertunangan adiknya.
Kek yang ditempah oleh Kak Fiza, FASM. Terima kasih pada semua yang mempercayai hasil tangan AUFA ONE.

Thursday, March 25, 2010

Marble cheese cake

Satu lagi kek yang ditempah oleh Kak Hanim....Kek Marble Cheese yang ada kartun Ben10 atasnya, tapi xde rupa ben10 langsung. hehehe.


Wednesday, March 24, 2010

Vanilla cupcakes dengan buttercream
25 pcs = RM 37.00
Cupcakes yang ditempah oleh Kak Hanim baru2 ini.

Kek Coklat Moist 2kg


Kek coklat moist seberat 2kg++ ini ditempah oleh Kak Hanim, pensyarah dari FPE sempena sambutan hari jadi anaknya, Damia yang mencecah umur 4 tahun. Kak Hanim turut menempah sebiji kek marble cheese dan 25 biji vanilla cupcakes. TQ kak Hanim.

Saturday, March 20, 2010

Marble cheese cake untuk sambutan harijadi

Marble cheese cake yang yummy ni ditempah oleh Cik Nurul FASM untuk saudara2 nye. Hiasan kek tu adalah ilham dari cik nurul sendiri. TQVM. Semoga berpuas hati yer.
RM 50.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...