Thursday, June 24, 2010

Blueberry Cheese Cake

Cheese Cake lembut dengan hiasan blueberry ini sangat sesuai untuk yang menggemari keju dan juga yang tidak menggemari keju kerana kek ini sangat lembut, gebu dan dan tidak muak dimakan. Boleh juga disertakan dengan sos strawberi. Di jamin lazat. Boleh didapati dalam saiz 7 inci dan 9 inci kek.

Sunday, June 20, 2010

Choc Crisp ( tempahan dibuka sepanjang masa)



Choc-crisp kini didatangkan dengan rupa dan pembungkusan baru. Setiap choc-crisp akan diisi dalam paper cup seperti gambar2 di atas dan dijual pada harga RM18.00/50 biji. Tempahan melalui email dibuka sepanjang masa (fadlinayusof@yahoo.com) dan sesuai juga dijadikan sebagai kuih raya dan juga 'door gift' untuk sebarang majlis. Sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen turut dialu2 kan dan harga istimewa akan diberikan (Min 10 pek)

Fondant Cupcake

Cupcake dengan hiasan fondant untuk majlis perkahwinan Suhana Muhamad Hanidun dan pasangannya Saiful (19 Jun 2010). Cupcake2 ini sebenarnya hasil dekorasi bersama dengan Cik Afifah yang sangat meminati seni menghias kek. Terima kasih diucapkan pada Afifah yang menaja cupcake ini untuk diberikan pada Suhana, dan jugak pada makcik2 kiah yang tolong bagi idea2 bernas untuk mendeko cupcake ni. hehehe. TQVM

Kek Blueberry -Minnie mouse

Kek Blueberry dengan hiasan minnie mouse untuk si cilik Alisya Qaisara. Maaf bebanyak pada mamanya kerana tersilap tulis nama anak. Nasib baik boleh lagi ubah. Diharapkan Ara, dari Pejabat Bendahari UMT berpuas hati dengan kek tersebut.TQVM

Mufin coklat dengan Strawberi

100 biji muffin dengan filling kiwi, strawberi dan blueberry

Muffin choc dengan choc chip dan strawberi.

Gambar-gambar di atas adalah tempahan dari Cik Suraya dari FASM, UMT sempena majlis pertunangannya. Beliau telah menempah 100pcs muffin berpek dengan pelbagai filling dan 16pcs Choc chip muffin dengan strawberi bercoklat putih. Tahniah diucapkan pada Su dan tunangnya. TQVM.

Saturday, June 19, 2010

Cupcake oren dan Strawberi


300 biji tempahan cupcake dari Kak Normah siap untuk dihantar ke tempat majlis. TQ Kak Normah.

Thursday, June 10, 2010

Selamat Pengantin Baru, Dr. Nizam dan Asmah

Sempena majlis perkahwinan Dr Nizam, pensyarah dari FASM, UMT yang juga merupakan rakan sejabatan saya, beliau dan pasangannya yang kecil molek, Asmah telah menempah kek hantaran dan juga 3 tingkat kek pengantin dengan 3 jenis kek, iaitu kek lobak merah, kek coklat dan kek vanilla. Terima kasih diucapkan kepada pasangan pengantin dan semoga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat.

3-tier wedding cake

Kek Coklat Moist sebagai hantaran dari Dr, Nizam

Dr Nizam turut menempah 600 biji Muffin untuk majlis kenduri di Kuala Lumpur.

Monday, June 7, 2010

Marble Cheese Cake untuk hantaran perkahwinan

Sempena ketibaan cuti sekolah ini, maka banyaklah juga majlis perkahwinan yang berlangsung di sana sini. Salah satu tempahan yang diterima adalah kek Marble Cheese seberat 2kg yang dijadikan hantaran perkahwinan. Kek ini ditempah oleh Dr. Azura dari FPE, UMT dan telah diambil sendiri dirumah oleh Kak Hanim. Terima kasih dan semoga pengantin berpuas hati.

choc moist cake

Kek CMC ini ditempah oleh Haryani untuk adik  iparnya

Kek Coklat utk Een

Seorang rakan dari Bandung yang bertugas di UMT meminta saya membuatkan beliau kek yang penuh dengan dark chocolate dan minima dekorasinya. Maka terhasillah kek yang ala2 american choc cake ni. moga Een dan Ida berpuas hati. TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...