Tuesday, December 29, 2009

Tempahan cupcakes


Tempahan cupcakes dari Siti Zaleha sempena birthday suami tersayang. 4 perisa cupcakes lagi. Coklat, Oren, Vanilla dan Kiwi. Sebenarnya dia minta perisa strawberi, tapi disebabkan tiada stok, saya ganti dengan perisa kiwi. Semoga Siti berpuas hati dan order la lagi.

Cupcakes pelbagai perisa dengan hiasan buttercream yang simple.
Harga: 1.30/pcs
Minimum order: 25 pcs

Tepung kek segera (Chocolate moist, Vanilla, Brownies)


kawan2 semua....dapatkan Tepung kek yang sangat mudah disediakan dan dijamin lazat. Terdapat 3 jenis tepung kek, iaitu Tepung Kek Coklat Moist, Tepung Kek Vanilla dan Tepung Brownies Istimewa. Kesemua pek tepung ini boleh didapati dengan harga yang amat rendah dan menjimatkan. Dengan satu pek tepung ini, anda dapat menyediakan sebiji kek dengan berat lebih kurang 1kg dengan hanya menambah bahan2 cecair seperti telur, minyak, susu dan mentega.

Tepung akan dihantar secara percuma dilokasi berikut : Sekitar UMT , Gong Badak, Wakaf Tengah, Batu 6, Batu Rakit dan Seberang Takir.
Sekiranya anda mahu tepung ini dihantar secara pos...tambahan sedikit harga pos untuk setiap pek. Penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia disediakan.
Beli dengan kuantiti yang banyak...diskaun akan diberikan.




TEPUNG KEK COKLAT 'MOIST' ISTIMEWA
Dengan menggunakan tepung kek ini, anda akan dapat menghasilkan sebiji kek coklat seberat 1kg. Bahan-bahan yang terkandung dalam pek ini adalah tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan gula. Bahan untuk 'Topping' kek turut disertakan dalam pek ini yang akan menambahkan lagi kelazatan kek. Anda hanya perlu tambah telur sebanyak 3 biji, 1 cawan minyak dan 1 cawan susu. Cara penyediaan kek turut disediakan dalam pek ini.
Harga satu pek tepung ini hanya RM12.00.


TEPUNG MAGIC VANILLA CUPCAKES
Tepung ini sangat sesuai untuk adunan cupcake dan juga kek. Dapat menghasilkan 1kg kek dan 35 biji cupcakes (bergantung pada saiz). Hanya perlu tambah butter dan telur sahaja. Cara penyediaan kek disertakan dalam pek.
Harga: Hanya RM10.00


TEPUNG BROWNIES ISTIMEWA
Khas untuk para penggemar brownies. Kini anda boleh sediakan brownies sendiri yang enak di rumah. Tidak perlu bersusah payah untuk menyukat bahan-bahan mentah. Hanya perlu tambah telur dan mentega. Untuk menambahkan lagi kesedapan brownies anda, tambahkan saja kekacang (walnut, almond, etc). Cara penyediaan disertakan dalam pek.
Harga: RM12.00

Friday, December 25, 2009

Kek Coklat Moist

Kek coklat moist yang ditempah oleh Suhana sempena pertunangannya dan ulangtahun kelahiran tunangnya. Terima kasih dan tahniah diucapkan.

Harga kek 1kg : RM 30.00

Tuesday, December 22, 2009

Muffin Kiwi



Produk baru !!!!

Muffin kiwi yang lembut dengan isian kiwi
Dibuka untuk tempahan....
Min order : 30 biji
Harga : RM 0.80/biji

Friday, December 18, 2009

Strawberry almond muffin


Muffin yang lazat diisi dengan strawberry filling dan ditaburi hirisan almond.
Minimun order: 30 biji
Harga: RM 0.80/biji

Thursday, December 10, 2009

Tempahan dari rakan-rakan

Puding roti pandan yang ditempah oleh kak norma.
Cupcakes yan ditempah oleh Kamizah


Chocolate cheese cake yang ditempah oleh Emi. Terima kasih semua. Kalau ada sebarang komen bagitau saje. TQ

Monday, December 7, 2009

Membakar kek dengan teknik 'water bath'

Kali ini, satu lagi teknik dalam pembuatan kek akan dipaparkan. Teknik 'water bath' ini juga dikenali dengan teknik 'baine marie'. Walaupun apapun namanya, yang penting teknik ini selalunya digunakan untuk memasak cheese cake, kastard telur dan puding roti.

Kebaikan teknik ini:
  1. Air yang digunakan dalam teknik ini akan meruap di dalam oven (menjadi wap) dan melambatkan penyampaian haba kepada produk (air mempunyai konduktivti haba yang rendah). Oleh yang demikian, produk akan masak dengan perlahan, tetapi sekata.

  2. Permukaan luar produk tidak akan menjadi keras atau hangit

  3. Bahagian dalam produk juga akan masak dengan sempurna.

Alatan yang diperlukan:

  1. Acuan untuk membakar kek

  2. Aluminium foil

  3. Loyang leper yang bersaiz lebih besar dari acuan kek

Kaedah:

  1. Masukkan loyang leper ke dalam oven yang telah dipanaskan

  2. Curahkan air panas ke dalam loyang tersebut

  3. Masukkan acuan berisi produk ke dalam loyang tersebut dan tutup pintu oven untuk memulakan proses memasak.

  4. Sekiranya menggunakan acuan jenis 'springform', perlulah membalut separuh dari acuan itu dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari memasuki acuan.

Sunday, December 6, 2009

Soft Cheese Cake w/blueberry sauce

Kek yang diorder oleh Kamizah (antara pelanggan setia) untuk besdey anaknya. Harap puas hati ye.TQ

Friday, December 4, 2009

Thursday, December 3, 2009

Teknik Double boiler


Kaedah ini biasanya digunakan untuk mencairkan coklat atau membuat sos kastard.

Alatan yang diperlukan:
  • Periuk untuk memanaskan air

  • Mangkuk kaca tahan panas atau mangkuk aluminium (penting: diameter mangkuk mesti lebih lebar dari periuk untuk memanaskan air)

  • Senduk atau wire whisk untuk menggaul produk.

Prosedur:

  • Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih

  • Jika ingin mencairkan coklat masakan, masukkan coklat yang telah di potong kecil-kecil ke dalam mangkuk kaca/aluminium yang telah di lap kering.

  • Letakkan mangkuk berisi coklat ke dalam periuk yang berisi air panas tadi. Bahagian bawah mangkuk tidak perlu terkena air yang mendidih. Ianya akan dipanaskan oleh wap panas dari air mendidih itu.

  • Kacau sehingga cair.

  • Pastikan tiada air/wap air yang masuk ke dalam mangkuk.

Cup Cake pun ader tau
















Pelbagai jenis cup cake juga boleh ditempah. Sesuai untuk majlis harijadi atau dijadikan 'door gift' untuk sebarang majlis.

Wednesday, December 2, 2009

Akan datang...

Teknik-teknik dalam pembuatan kek akan diterangkan beserta dengan gambar. Antaranya ialah teknik 'double boil' untuk mencairkan coklat atau mencairkan cream cheese dan juga teknik 'water bath' untuk memasak cheese cake.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...